Saturday 31 March 2012

Antivirus Vs Firewall


Setelah berbincang dalam forum elearning utm untuk subjek Networking ini. 
Kami telah membangkitkan 1 isu berkenaan dengan Firewall dan juga antivirus.
Daripada hasil perbincangan kami. Barulah saya tahu terdapat perbezaan sebenarnya diantara firewall dan juga antivirus..



Sebenarnya firewall bukanlah antivirus. Ianya bukanlah seperti yang saya anggap selama ini. 
Firewall merupakan satu lapisan pertahanan   yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer.
Manakala, Software Antivirus pulak adalah untuk menyemak data keluar masuk daripada sebuah pc, laptop n sbg. Ini boleh diibaratkan dengan adanya pengawal keselamatan  yang menjaga keamanan dan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke sekolah.

Ada juga yang bertanyakan soalan mengenai pemasangan  2 software antivirus dalam sebuah pc atau laptop mempunyai kesan yang baik ataupun tidak.. Melalui perbincangan saya dan rakan,  tidak digalakkan  menginstall 2 Antivirus atau lebih, kecuali mungkin dengan antivirus lokal yang sekedar untuk membersihkan virus saja (scan manual). Dari vendor antivirus sendiri biasanya juga menyarankan untuk menggunakan satu antivirus saja. Hahaha.. jangan la nak gelojoh sangat sampai 2 sekali. Selalunya memang digalakkan meletakkan 1 sahaja antivirus ini untuk mengelakkan laptop anda menjadi berat dan lambat mcm si- - - ..
Lagipun, bila menginstall 2 atau lebih antivirus, mula la berlakunya crash, error la.. Tu lagi la bertambah problem nanti..   Sekian.. 


 
Apabila dua kuasa bergabung menjadi 1

Wednesday 28 March 2012

MyPublicWiFi

INgin Berkongsi Rangkaian Internet Melalui WiFi Menggunakan MyPublicWiFi ...

Pengguna Windows? Ingin berkongsi rangkaian internet anda bersama yang lain dengan mudah? Maka, mungkin anda boleh gunakan aplikasi yang dinamakan  MyPublicWiFi, dimana melaluinya ia membolehkan anda mengubah komputer atau komputer riba anda diubah menjadi pusat akses WiFi dengan mudah dan pantas.

Kadang-kala, dikawasan yang mempunyai sokongan kabel LAN yang terhad, mungkin anda perlu berkongsi rangkaian bersama peranti lain, seperti telefon pintar, tablet, atau komputer riba yang lain. Maka, untuk mengatasinya, anda hanya perlu menghubungkan salah satu kabel LAN pada satu komputer atau komputer riba, dan menggunakan MyPublicWiFi, anda boleh menetapkan sebuah pusat akses WiFi dengan pantas, tanpa perlu melalui pelbagai tetapan yang sukar.

Pada masa yang sama, anda turut boleh mengawal beberapa laman melaluinya, sekaligus mengawal sepenuhnya laman dan perkhidmatan yang boleh digunakan melaluinya.

Bagi mereka yang menggunakan Windows 7 atau sebelumnya, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini, dan mengujinya sendiri hari ini. Sangat mudah.






info : amanz.my

Friday 23 March 2012

YOUTUBE Malaysia..



Seperti ramai yang dah tahu kewujudan youtube ni. Tapi baru2 ini, youtube Malaysia dgn secara rasminya di on page. Haha.
Maybe sbb ramai jugak yang mengembangkan bakat2  kat dalam YOUTUBE terdiri daripada warga Malaysia. Itu yang sampainya muncul YOUTUBE MALAYSIA. Dan banyak lagi faktor lain2..
Contoh2 warga Malaysia yang terkenal dari youtube macam :

MatLuthfi90, Clora Production, Aiman Azlan, Anuar Hadi, Wawa Latip, n macam2 lagi la...

Jom jengah!!..

YOUTUBE MALAYSIA


Sunday 18 March 2012

Panduan Keselamatan ICT

Assalamualaikum...

Panduan keselamatan ict sangat penting dan perlu dititik beratkan. Ramai pengguna menggunakan ict tetapi meraka tidak mengamalkan keselamatan ICT. Bila perkara buruk dah terjadi baru la nak bising-bising. Bagi anda yang belum mengamalkan keselamatan ICT, masih tidak terlambat untuk mengikuti langkah-langkah untuk keselamatan ICT ini..                                                                                                                 AWAS SEBELUM TERKENA, BERHATI- HATI DI INTERNET




Keselamatan 


Daripada perspektif ICT, keselamatan

merujuk kepada perlindungan sumber ICT

daripada dicerobohi oleh mereka yang tidak

dibenarkan atau kesilapan yang

disengajakan..



Server Server 



merujuk kepada komputer yang

berkeupayaan tinggi yang berfungsi sebagai

pelayan perkhidmatan dalam sesuatu

rangkaian..



Perisian Sistem



Perisian Sistem merujuk kepada sistem

pengoperasian seperti Windows 95/98 bagi

komputer mikro dan NetWare/ Windows NT

pada Server.



Perisian Aplikasi 



Perisian aplikasi merujuk kepada pakej yang 

selalu digunakan seperti spreadsheet dan

word processing, juga aplikasi yang

dibangunkan bagi tujuan tertentu..



Virus 



Virus adalah subersif program komputer yang 

boleh mengakibatkan fail komputer

mengalami kerosakan atau terhapus dan

mungkin menukar tingkahlaku operasi

komputer


Rahsia Besar 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
akan menyebabkan kerosakan yang amat
besar kepada Malaysia..

Rahsia 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
akan membahayakan keselamatan negara,
menyebabkan kerosakan besar kepada 
kepentingan dan martabat Malaysia atau
memberi keuntungan besar kepada sesebuah 
kuasa asing.

Sulit

 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
walaupun tidak membahayakan keselamatan 
negara tetapi memudaratkan kepentingan 
atau martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau akan 
menyebabkan keadaan memalukan atau
kesusahan kepada pentadbiran atau akan
menguntungkan sesebuah kuasa asing.


Terhad

 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi selain daripada yang diperingkatkan
Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi
berkehendakan juga diberi satu tahap
perlindungan keselamatan..


Kerahsiaan 

Maklumat/data tidak boleh didedahkan
sewenang-wenangnya atau dibiarkan dicapai 
tanpa kebenaran..

Integriti  

Maklumat/data hendaklah tepat, lengkap dan 
hanya boleh diubah dengan cara yang
dibenarkan..

Kebolehsediaan 

Maklumat/data dan sistem maklumat
hendaklah boleh diakses dan digunakan bila 
dan apabila diperlukan mengikut fungsi


Uishh..

Saturday 17 March 2012

Asal Usul Telekomunikasi Malaysia










1. Telegraf mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 oleh penjajah Inggeris di Perak.

2. Hampir 100 tahun setelah telegraf diperkenalkan, SEACOM diperkenalkan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui Laut Cina Selatan.

3. Pada tahun 1985, ATUR telefon tanpa wayar yang pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).

4. JTM Kemudian di korporatkan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudiannya ditukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).

5. Empat tahun kemudian, perkhidmatan telefon selular pertama yang menggunakan perkhidmatan GSM diperkenalkan dan dikendalikan oleh Syarikat Celcom Malaysia Sdn. Bhd.



6. Tahun 1995 juga mencatatkan sejarah apabila malaysia melancarkan satelit pertama negara iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) yang dilancarkan bagi membolehkan negara menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit.

7. Telekom Malaysia Berhad memperkenalkan telefon talian tetap tanpa wayar yang dikenali sebagai CDMA.

8. Pada masa yang sama Celcom memperkenalkan perkhidmatan panggilan video yang menggunakan teknologi 3G.

9. Terkini, perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berasaskan teknologi Wimax diperkenalkan oleh Syarikat Packet One Sdn. Bhd. (P1) pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi spektrum 802.16e.

10. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sejumlah hampir 21 juta rakyat negara ini menjadi pengguna telefon selular sehingga tahun 2007.


11. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sejumlah RM600 juta bakal dibelanjakan untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi moden. Syarikat pengendali telekomunikasi pula bakal membelanjakan sehingga RM1.3 billion khusus untuk perbelanjaan modal syarikat masing-masing.

12. Jumlah pengguna rangkaian komunikasi di Bangladesh meningkat daripada 3.8 juta orang pada tahun 2004 kepada 29.5 juta orang pada tahun lalu dengan liputan rangkaian meluas sehingga 97 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya.

13. Sektor telekomunikasi di Bangladesh menyumbang sebanyak 6.7 peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu peningkatan lebih 250 peratus berbanding dengan KDNK pada tahun 2004 yang hanya 2.1 peratus.

14. Badan penyelidik yang berpangkalan di Norway iaitu Telenor ASA juga mencatatkan angka-angka pertumbuhan yang menarik dalam perkembangan sektor telekomunikasi di Malaysia.

Industri telekomunikasi di Malaysia pada pertengahan tahun 1990 menyaksikan peningkatan kadar pengguna melebihi 50 peratus setiap tahun sebelum bergerak perlahan ketika krisis kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997/98.

Pada tahun lalu, pengguna telekomunikasi di negara ini mencecah sehingga 21 juta orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jumlah ini sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga pengguna telekomunikasi paling banyak selepas Singapura dan Korea Selatan.

15. Pada tahun lalu, sektor komunikasi menyumbangkan sejumlah RM21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu kira-kira 3.7 peratus daripada keseluruhan KDNK berbanding dengan pencapaian hanya 15.3 billion (3.1 peratus KDNK) pada tahun 2005.




16. Jumlah pelanggan 3G di Asia Pasifik dijangka akan mencecah 564 juta orang menjelang tahun 2013 berbanding dengan 121 juta orang pada tahun 2007.

17. Pada tahun lalu, kira-kira sejumlah 158.4 juta orang pelanggan 3G di Asia Pasifik.

18. Nokia Siemens Network (Nokia Siemens) peneraju pengatur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih pula (HSPA) menjangkakan bilangan pengguna perkhidmatan itu di Asia akan meningkat sekali ganda kepada 53.5 juta pengguna daripada 26.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.

19. Menurut laporan SKMM lagi, tahap penembusan jalur lebar pada suku tahun 2007 ialah sekitar 3.7 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

Jumlah ini amat rendah dan hampir sama dengan negara lain seperti Turki (3.8), Mexico (3.5), berbanding dengan jumlah di Switzerland, Korea Selatan dan Norway yang mempunyai purata 26 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

20. SKMM juga melaporkan bahawa sejumlah 84,600 orang pengguna jalur lebar pada tahun 2006 berbanding dengan 49,500 orang pada tahun 2005. Angka ini tidak signifikan jika dibandingkan dengan 27 juta orang penduduk Malaysia keseluruhannya.





Yang terbaru . terbaik. boboiboy. :)

Sumber : "Industri Telekomunikasi dalam Krisis Ekonomi" oleh Nazmy Sannusi dalam Dewan Ekonomi Mei 2009.

Friday 16 March 2012

TED-Ed video berkaitan Pendidikan



Kaedah pembelajaran banyak disampaikan dengan menggunakan video yang semakin popular ketika ini.
Khan Academy adalah nama besar yang terkenal diseluruh dunia berkaitan dengan perkara ini.
Namun terkini, TED  sememangnya popular dengan video-video bercirikan penyampaian idea memperkenalkan TED-Ed.


TED-Ed atau nama sebenarnya  TED Education merupakan koleksi video bercirikan pendidikan yang disampaikan dalam bentuk animasi.

TED-Ed juga menjemput ramai cikgu dari seluruh dunia menyertai mereka, dalam menyampaikan pengetahuan masing-masing kepada semua, dan pada masa yang sama memudahkan yang lain menerima dan memahami sesuatu topik itu.

Jadi anda boleh lah join dalam TED-Ed ni, untuk mengupload video kreatif untuk memudahkan pelajar dan pengGoogle. hehehe..


sumber: amanz

Wednesday 14 March 2012

TOPOLOGI DAN KISAH LINEAR BUS


TOPOLOGI RANGKAIAN


 Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki



TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.

KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.

 Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.

 Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.
 Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS 
KEBAIKAN LINEAR BAS 
1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
    topologi Linear Bas.
2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

KEKURANGAN LINEAR BAS 
1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
    menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
    belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
    rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama
    di dalam sesebuah bangunan yang besar.



Saturday 10 March 2012

Penerokaan ICT

Perkenalan kepada ICT

Macam Pernah Dengar ICT . tp xtahu maknanya.. Jom baca ..

ICT diterjemahkan sebagai Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



Perkaitan antara Guru dan ICT ?
ICT adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang inovatif.
Aspek pengajarannya boleh melibatkan guru menggunakan ICT
 dan aspek pembelajarannya 
pula boleh melibatkan murid menggunakan ICT.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan kepada 
empat iaitu tutorial, penerokaanalat aplikasi dan komunikasi.

Tempat Bersesuaian untuk melaksanakan ICT
  •        Makmal komputer
  •        Kelas
  •        Cyber Cafe
  •        Rumah








Wednesday 7 March 2012

Blogger? Anda Berblogger?

Assalamualaikum...

Selamat dtg ke alam blogger..
Selamat jelajah ke dunia blogger.
Selamat mencoret itu dan ini di pos blogger.
Selamat berkongsi maklumat bersama saya.. : )



Pe lagi .. menaip la sepuas hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...