Thursday 17 May 2012

PS boleh digunakan Dalam Ubuntu

Seperti yang kita tahu kebanyakkan software dibuat untuk os windows ataupun Mac. Agak sukar sedikit untuk mendapatkan software untuk di installkan kedalam os Ubuntu. Mungkin agaknya os Ubuntu ini percuma, dan dia masih lagi baru. Tidaklah segah window ataupun os Mac.

Dan kini, adobe telah mengeluarkan Photoshop untuk os Ubuntu . Dan ini lebih memudahkan untuk penggemar PS yang menggunakan Ubuntu. Tarikh rasmi pengeluaran ini masih belum diketahui.


Saturday 12 May 2012

HACKER

Pernah menjadi satu isu tentang ANONYMOUS dimana mereka telah menggodam laman web kerajaan,blog,email, dan bermacam lagi yang berlaku pada tahun lepas. Dan sudah tentu la apabila ia melibatkan malaysia yang menggodamnya mesti  Anonymous Malaysia.

Tahukah apa itu hacker atau penggodam??


Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.
Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

ISTILAH :


Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".


Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).


Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.


Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.


Perekah/Penggertak (cracker):
Topi hitam. Sering digunakan untuk membezakan penggodam topi hitam dengan penggodam lain.
Penggodam komputer yang menggunakan perekahan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkait denga istilah pemecah peti besi.
Perekah perisian. Orang yang mengkhusus dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploit rangkaian, cuma perisian.


Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya. Pejoratif.

Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.





Tuesday 8 May 2012

Spam???. Awas !!


Apa Itu SPAM?

Spam ini sebenarnya sudah banyak kita jumpai di kehidupan sehari-hari. Pernahkah Anda ketika keluar dari rumah ada brosur yang bertumpuk di depan pintu depan rumah Anda? Entah brosur itu dari mana, tentang penawaran apa, yang kirimnya siapa, dll. Atau mungkin Anda pernah juga melihat sebuah iklan yang menempel di pintu mobil angkot. Nah, aktifitas seperti inilah yang disebut SPAM alias iklan yang tanpa dikehendaki oleh si penerima.

Sebagai gambaran lagi, misalkan Anda menerima email dari sebuah email yang sebelumnya tanpa Anda kenal yang isinya berupa penawaran sebuah produk atau jasa, maka itupun disebut SPAM. Bukan hanya di email, tapi melalui SMS pun itu dikatakan SPAM. Misalkan ada sebuah nomor yang tak dikenal, tanpa ada hubungan APA PUN sebelumnya, mengirim sebuah pesan yang berbau promosi…
Contoh sederhana lain dari SPAM:

Pada email : Kadang-kadang kita menerima email-email yang tidak kita inginkan di Inbox yang berisi iklan-iklan yang pengirimnya gak jelas,
Pada blog, kita mendapati link-link iklan pada kolom komentar dan link-link itu menyuruh si pemilik Blog/orang yang membacanya menuju link tersebut, jadi si tukang SPAM ini sama sekali tidak menanggapi “isi dari tulisan kita” (keterlaluan kan?)
Pada ShoutBox, Hanya menyuruh kita ke link-link aneh, dan si tukang SPAM ini tidak menunjukkan jati dirinya…

Thursday 3 May 2012

IP ADDRESS

Saya percaya ramai yang selalu mendengar 'IP Address'' ini. Tetapi ramai yang tidak mengetahuinya lebih lanjut, atau kurang jelas dengan maksud tersebut.

Alamat IP (Internet Protocol Address atau sering disingkat IP Address) adalah satu turutan angka biner antar 32-bit sampai 128-bit yang dipakai sebagai alamat identifikasi untuk tiap komputer host dalam jaringan Internet. Panjang dari angka ini adalah 32-bit (untuk IPv4 atau IP versi 4), dan 128-bit (untuk IPv6 atau IP versi 6) yang menunjukkan alamat dari komputer tersebut pada jaringan Internet berbasis TCP/IP. Contohnya seperti ini 127.0.0.1 atau 224.0.0.0/4 dll.


Saturday 28 April 2012


Kelebihan Menggunakan Email


Di era serba berteknologi tinggi ini. Memang lebih mudah jika kita menggunakan email untuk berhubung di antara satu sama lain.

Email memiliki banyak kelebihan diantaranya adalah :
1. Email akan lebih cepat sampai tujuan. Kecepatannya hanya boleh dikira dalam beberapa saat sahaja  meskipun pengiriman dari ujung utara hingga ujung selatan dunia.

2. Lebih aman. Email yang dikirim tidak takut atau khawatir tidak sampai selama jaringan komunikasi internet tetap tersedia. Pengiriman surat secara konvensional lebih mudah rosak atau hilang kerana perjalanan, bencana atau mudah disabotaj.

3. Fleksibel. Email yang telah dikirim dan diterima akan mudah dibuka (dibaca dimanapun berada tempatnya, mudah dimodifikasi, dan segera dikirim kembali kepada pengirim atau kepada yang lainnya.

4. Mudah digandakan

5. Sederhana dan formatnya lengkap. Isi email yang dikirimkan dapat berupa data teks, gambar atau grafik, video bahkan suara dengan menggunakan tempat yang lebih sederhana.

Sumber: http://id.shvoong.com/social-sciences/communication-media-studies/2069559-kelebihan-mail/#ixzz1v7SSkcpH


Wednesday 18 April 2012

Monday 9 April 2012

AWAS!!!! BAHAYA RADIASI TELEFON BIMBIT


Perhatian kepada pengayut tanpa tali yang tegar!! Kamu sedang mengalami bahaya!!!




SEE THIS!!! FIRST BEFORE READING

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.



Soalan-soalan Lazim:


Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.


Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.


Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)


Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)



 Lindungilah orang yang tersayang .. : )
Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinaran telefon bimbit.

Pusat Rawatan Impian mengambil berat terhadap kesihatan pelanggan-pelanggan dan menggalakkan pelanggan-pelanggan menggunakan alat tersebut bagi melindungi kesihatan anda apabila menggunakan telefon bimbit, televisyen, penghawa dingin, komputer, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro.


Sunday 8 April 2012

3G VS 4G



Bagaikan "tsunami" atau empohan maklumat mengenai kedatangan teknologi internet 4G, ramai pelangan dan pengguna tertanya-tanya tentang apa sebenarnya perbezaan antara rangkain 4G yang baru dengan rangkaian 3G yang sudah semakin mendapat tempat di hati penguna tegar teknologi tanpa wayar. Jika kita perhatikan, iklan tentang kelajuan yang lebih tinggi dan pantas sering di paparkan tanpa memberitahu kepada penguna tentang penjeleasan yang tepat. "Internet Provider" seperti Maxis, Celcom dan dsb pula jelas mengambil langkah tunggu dan lihat untuk menggunakan teknologi 4G ini dan tampaknya kurang yakin akan keperluan untuk pengguna untuk menerokai teknologi 4G. Pengeluar telefon bimbit pula sering membuat perbandingan dengan persaing-pesaing mereka dengan mengunakan teknologi yang belum "matang" dan masih samar-samar.

Cara yang paling mudah untuk menjelaskan perbezaan antara 3G dan 4G ini boleh di jelaskan dengan membuat analisis yang mudah tentang tujuan utama kenapa teknologi ini dicipta. Generasi ketiga atau 3G (3rd Generation) internet tanpa wayar ini direka berdasarkan teknologi yang pada peringkat awalnya di reka untuk tujuan membuat panggilan telefon. Oleh kerana panggilan telefon memerlukan penghantaran jumlah data yang kurang besar berbanding melayari intenet, ciptaan teknologi internet 3G hanya bertujuan untuk menanangi keperluan penghantaran atau pemindahan jumlah data dengan kelajuan yang sederhana tidak seperti keperluan untuk memindahkan jumlah data yang besar untuk menonton video streaming di internet. Ini sebabnya telefon yang berteknologi 3G di pasaran adakalanya bermasalah ketika pengguna cuba untuk mengakses video streaming atau laman web yang mempunya jumlah datan yang besar.

Untuk menyahut cabaran arus penggunaan internet tanpa wayar dan juga keperluan pengguna tegar internet, terciptanya 4G internet tanpa wayar, direka untuk komunikasi yang merangkumi pemindahan data yang lebih banyak dari panggilan telefon. Pengendalian kemudahan panggilan telefon boleh di anggap terlalu mudah dengan ada teknologi 4G, kerana teknologi ini memang direka untuk komunikasi internet, streaming video, menonton televisyen dan setiap tugas yang sebelum ini hanya boleh dilakukan jika pengguna mempunyai sambungan selaju DSL; kini boleh di lakukan dengan telefon pada rangkaian 4G.


Salah satu perbezaan yang ketara antara rangkaian 3G dan 4G adalah kelajuan muat turun yang ditawarkan. Kelajuan muat turun pada rangkaian 3G umumnya sekitar 0.6 - 1.4 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 3.1 Megabits sesaat pada waktu tertentu. Untuk rangkaian 4G pula, ianya menawarkan kelajuan muat turun antara 3 - 6 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 10 Megabits sesaat, 3 -5 kali ganda kelajuan maksimum yang boleh di capai dari rangkaian generasi ketiga (3G).


Perbezaan lain yang boleh di ambil kira adalah perbezaan muat naik antara kedua-dua rankaian tersebut. Contohnya, untuk muak naik video atau fail dari computer ke laman web, rangkaian 3G menawarkan kelajuan hanya pada 0.5 Megabit berbanding 1 Megabits dengan menggunakan rangkaian 4G. Boleh di katakan rangkaian 4G boleh memuat naik dua kali ganda kepantasan rangkaian 3G.

Contoh lain kelajuan rangkaian 4G, jika muat turun rancangan televisyen mengambil masa kira-kira 19 minit pada rangkaian 3G, namun ianya mengambil kurang dari 5 minit jika menggunakan rangkaian 4G. Selain dari itu, membuat tempahan makan malam hanya mengambil masa setengah saat pada rangkaian 4G, 5 saat jika menggunakan rangkaian 3G dan banyak lagi contoh-contoh lain tentang kelajuan teknologi 4G ini.


Semua ini bermakna bahawa 4G internet tanpa wayar akan membolehkan pengguna untuk mengakses internet pada telefon mereka pada kelajuan yang sama jika mereka lakukan di rumah menggunakan DSL. Boleh di katakan, teknologi 4G pada telefon makin menghampiri kelajuan jika menggunakan computer biasa. Mungkin pada masa hadapan kita tidak perlu lagi bergantung kepada computer untuk melayari internet dengan patas, kita hanya memerlukan telefon yang dilengkapi dengan teknologi 4G sahaja.


Kepada mereka yang ingin tahu lebih mendalam tentang teknologi ini, boleh rujuk jadual di bawah.









Thursday 5 April 2012

NIkON D800



Rare!!! Lagi hangat dari barang semalam.. Teknologi canggih dengan 36.3 megapixel. Price : RM 10,899 (Body Only)

Harga mcm reasonable sikit la dari D4 tu,, haha.. Tp D4 mmg superb la!!..


Berikut adalah empat hal yang menarik perhatian dari Nikon D800:

1. Sensor

Kamera ini memiliki sensor berukuran full frame dengan kepadatan 36,3 juta pixel. Ini diklaim sebagai sensor full-frame dengan resolusi tertinggi di dunia.

Di bahagian lain,  kamera ini akan menghasilkan ukuran file yang sangat besar. Satu file RAW bisa berukuran 76 MB. Jika formatnya TIFF 16 bit bahkan bisa 212,1 MB.

2. Sensitiviti

 Noise yang dihasilkan kamera ini relatif setara dengan D700, meskipun jumlah pixel-nya naik tiga kali lipat.

Jangkauan sensitiviti kamera ini mulai dari ISO 100 hingga 6400 dalam modus standar. Kalau nak, pengguna boleh menggunakan hingga ISO 50 dan ISO 25600.

3. Autofokus

Pada asalnya, D800 memiliki sistem autofokus yang sama dengan D4. Ada 51 titik fokus yang boleh ditangkap oleh s kamera.

Autofokusnya juga berjalan dalam keadaan pencahayaan minim, hingga -2EV (kurang lebih seperti malam di bawah terang bulan).

Menariknya, autofokus di D800 boleh digunakan dalam keadaan bukaan f/8. Ini akan berguna untuk mereka yang suka memakai konverter.

Contohnya, lensa 600 mm f/4 ditambah teleconverter 2x akan menjadikannya lensa 1200 mm f/8. Dengan D800, autofokus tetap bisa berjalan di 11 titik tengah.

4. Video Full HD

Ya, tidak seperti D700 yang tidak memiliki fitur video, D800 bisa digunakan untuk merekam video. Bahkan, video dengan resolusi High Definition penuh (Full HD).

Pada 1080p, tersedia frame rate 30, 24 dan 25p. Sedangkan pada 720p, frame rate-nya bisa mencapai 50p dan 60p, untuk merekam gerak lambat.






Tuesday 3 April 2012

NIkON D4

RARE!! Barang terhangat dipasaran.. Announced 6.1.2012 . Priced RM 22,338



Walaupun saya pengguna canon. Tp terliur jugak dengan nikon D4 ni.. Saje je nak mention harga tu. Biar kasi celik sikit mata yang melihat..
Sangat2 la mantop body camera ni.. bukan 5 star je bole bg. 1000 star la boleh bagi selagi tiada model baru yang boleh lawan body dia ni. Perhatian, ni bukan BODYSHOP ey, ni Body Camera. hehehehe..

Perkenalkan kepada saudara dan saudari tentang 1001 perkara mengenai Nikon D4 ini..


Nikon D4 ialah kemaskini terbaru model Nikon D3 yang dilancarkan pada 2007 dahulu. Kini model D4 memberikan lebih sedikit kelajuan kadar frame rate per second berbanding model D3. Selain dari itu ia juga memberikan lebih resolusi pada kelajuan yang lebih dan pembaharuan dan pembaikan dalam sistem AF yang berfungsi lebih baik dengan teleconverter juga dengan white balance kelvin dalam setting peningkatan 10k. 


Camera ini sangat sesuai digunakan untuk penggunaan yang heavy duty termasuk untuk jurugambar sukan, berita dan juga jurugambar aksi. Bukan sekadar jurugambar tetapi video juga dengan fungsi video yang menyaingi pesaing terbaik sebelum ini iaitu Canon 5d Mark II. Bagi penggemar lanskap, nature, potret dan jurugambar perkahwinan, Nikon D3x ternyata memberikan resolusi yang lebih besar. Bagaimanapun untuk kegunaan dilokasi, Nikon D7000 dilihat memberikan resolusi yang sama dengan berat yang jauh lebih ringan berbanding Nikon D4. 


Untuk kebanyakan pengguna, Nikon D4 hanya sedikit kemaskini berbanding D3 kecuali fungsi seperti video dan juga kelebihan yang hebat dalam fotografi dalam gelap dengan ISO setinggi 6 digit. Dari segi handling kamera ini sama seperti kemasan Nikon F5 tanpa sebarang kelebihan signifikan dalam asas ergonomik, shutter speeds, flash synch, metering. Bagaimanapun D4 kurang 3 ounce berat berbanding D3. D4 kini hanya datang dengan satu slot CF card manakala satu lagi slot menggunakan teknologi baru CF card XQD. Jika anda mahukan back-up pastikan anda memiliki satu lagi kad memori yang masih belum banyak dijual di pasaran. 


Satu lagi kebaikannya ialah dengan punat yang mempunyai backlit.Maka dengan itu, kerja-kerja kawalan semasa membuat pengambaran dalam gelap sudah pasti jadi lebih mudah. Bagi mereka yang serius menggunakan range tinggi kamera ini mungkin sesuai dan mempunyai ciri-ciri yang baik. Walaubagaimanapun saya secara peribadi melihat kepada perimeter yang diberikan mendapati kamera ini terlalu berat dan besar untuk saya sebagai seorang jurugambar perkahwinan. 







SPESIFIKASI

Sensor



16 MP FX (24 x 36mm) CMOS.
4,928 x 3,280 pixels native.


Also crops of 1.2x (20 x 30mm), 1.5x DX (16 x 24mm) and 5:4 professional (24 x 30mm). 
ISO 100 - 12,800 in in full, half or third stops.
ISO 50 to ISO 204,800 


White balance: Auto (2 types), incandescent, fluorescent (7 types), direct sunlight, flash, cloudy, shade, preset manual (up to 4 different settings can be saved and recalled), 2,500 K to 10,000 K in 10K intervals; all with fine-tuning!


Kadar kelajuan shutter (Frame Rate)



10 FPS.
11 FPS if AF is locked. 


AF


CAM3500FX sensor. 
51 AF points (15 are cross-type sensors).
Works with auto- and manual-focus lenses f/5.6 and faster.
11 of these sensors will work with lenses as slow as f/8. 
AF range is rated down to LV-2 with any lens. (SLR AF systems have never used the full speed of lenses; they look through anulii equivalent to about f/8 regardless of lens speed.) 


Finder



100% coverage.
0.7x magnification (50mm at infinity).
18mm eyepoint.
-3 to +1 diopters. 
Live-View LCD. 


Meter



Nikon mencipta meter matrix, meter warna (the color meter) dan meter 3D. Untuk kali pertama, Nikon memberikan masa yang banyak untuk menaikkan resolusi pada sensor meter untuk tujuan pemasaran kepada 91,000 RGB pixels. 


http://kenrockwell.com/nikon/d4/cutaway-0600.jpg
Nikon D4. enlarge.


Shutter



Kevlar/carbon fiber-composite, rated 400,000 shots. 
1/8,000 - 30 seconds in full, half or third stops.
Bulb.
X 250 flash sync. 
"Silent" mode. 


Flash



1/250 flash sync. 
i-TTL flash control using the 91,000 pixel RGB sensor with the SB-910, SB-900, SB-800, SB-700, SB-600 and SB-400. 
Won't meter flash with other flash guns. 


Kesesuaian lensa



Built-in motor dan AI coupling feeler, maka semua lensa AF adalah sesuai, dan juga versi klasi AI, AI-s dan AI-P lensa manual fokus.


Format Fail



JPG.
NEF 12 or 14 bit, uncompressed, or lossy or lossless compressed.
NEF + JPG. 
TIFF.
Video: H.264/MPEG4 stored in .MOV files.


Storage and Data 



http://kenrockwell.com/nikon/d4/cards.jpg


One CF slot (UDMA 7), and one XQD slot.
XQD cards 
USB.
HDMI (mini-C).
RJ-45 Ethernet.


Wireless



WT-4 or WT-5A/B/C/D. 


Video



All of these variations have two different file size (quality) options: 
1,920 × 1,080 (full or cropped) at 29.97p, 25p and 23.976p.
1,280 × 720 at 59.94p, 50p, 29.97p and 25p.
640 × 424 at 29.97p and 25p.
H.264/MPEG4 stored in .MOV files. 
24–36,000x time-lapse mode. 


Audio



Mono internal mic.
3.5mm jack for external stereo mic, with power.
Auto and manual level control. 
Linear PCM recording. 
3.5mm stereo output jack.


LCD





3.2" (8cm) LCD.
921,000 dots.
Auto brightness control. 
Live View. 


Power



EN-EL18 battery.
MH-26 charger. 
Optional EH-6b AC adapter and EP-6 connector.


Size



6.3 × 6.2 × 3.6 inches.
160 × 156.5 × 90.5 millimeters.


Weight



47.3 ounces (1,340 g or 2 pounds, 15.3 oz.) with battery and XQD memory card.
41.6 ounces (1,180 g or 2 pounds, 9.6 oz.), stripped naked.


Environmental



0 ~ 40ºC (32 ~ 104ºF), operating.
85% RH or less, non condensing. 


Included

D4 body 
Rechargeable Li-ion Battery EN-EL18
Battery Charger MH-26
USB Cable UC-E15
Camera Strap AN-DC7
Body Cap BF-1B
Accessory Shoe Cover BS-2
Eyepiece DK-17 
Battery Chamber Cover BL-6
USB Cable Clip
ViewNX 2 CD-ROM




Saturday 31 March 2012

Antivirus Vs Firewall


Setelah berbincang dalam forum elearning utm untuk subjek Networking ini. 
Kami telah membangkitkan 1 isu berkenaan dengan Firewall dan juga antivirus.
Daripada hasil perbincangan kami. Barulah saya tahu terdapat perbezaan sebenarnya diantara firewall dan juga antivirus..



Sebenarnya firewall bukanlah antivirus. Ianya bukanlah seperti yang saya anggap selama ini. 
Firewall merupakan satu lapisan pertahanan   yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer.
Manakala, Software Antivirus pulak adalah untuk menyemak data keluar masuk daripada sebuah pc, laptop n sbg. Ini boleh diibaratkan dengan adanya pengawal keselamatan  yang menjaga keamanan dan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke sekolah.

Ada juga yang bertanyakan soalan mengenai pemasangan  2 software antivirus dalam sebuah pc atau laptop mempunyai kesan yang baik ataupun tidak.. Melalui perbincangan saya dan rakan,  tidak digalakkan  menginstall 2 Antivirus atau lebih, kecuali mungkin dengan antivirus lokal yang sekedar untuk membersihkan virus saja (scan manual). Dari vendor antivirus sendiri biasanya juga menyarankan untuk menggunakan satu antivirus saja. Hahaha.. jangan la nak gelojoh sangat sampai 2 sekali. Selalunya memang digalakkan meletakkan 1 sahaja antivirus ini untuk mengelakkan laptop anda menjadi berat dan lambat mcm si- - - ..
Lagipun, bila menginstall 2 atau lebih antivirus, mula la berlakunya crash, error la.. Tu lagi la bertambah problem nanti..   Sekian.. 


 
Apabila dua kuasa bergabung menjadi 1

Wednesday 28 March 2012

MyPublicWiFi

INgin Berkongsi Rangkaian Internet Melalui WiFi Menggunakan MyPublicWiFi ...

Pengguna Windows? Ingin berkongsi rangkaian internet anda bersama yang lain dengan mudah? Maka, mungkin anda boleh gunakan aplikasi yang dinamakan  MyPublicWiFi, dimana melaluinya ia membolehkan anda mengubah komputer atau komputer riba anda diubah menjadi pusat akses WiFi dengan mudah dan pantas.

Kadang-kala, dikawasan yang mempunyai sokongan kabel LAN yang terhad, mungkin anda perlu berkongsi rangkaian bersama peranti lain, seperti telefon pintar, tablet, atau komputer riba yang lain. Maka, untuk mengatasinya, anda hanya perlu menghubungkan salah satu kabel LAN pada satu komputer atau komputer riba, dan menggunakan MyPublicWiFi, anda boleh menetapkan sebuah pusat akses WiFi dengan pantas, tanpa perlu melalui pelbagai tetapan yang sukar.

Pada masa yang sama, anda turut boleh mengawal beberapa laman melaluinya, sekaligus mengawal sepenuhnya laman dan perkhidmatan yang boleh digunakan melaluinya.

Bagi mereka yang menggunakan Windows 7 atau sebelumnya, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini, dan mengujinya sendiri hari ini. Sangat mudah.






info : amanz.my

Friday 23 March 2012

YOUTUBE Malaysia..



Seperti ramai yang dah tahu kewujudan youtube ni. Tapi baru2 ini, youtube Malaysia dgn secara rasminya di on page. Haha.
Maybe sbb ramai jugak yang mengembangkan bakat2  kat dalam YOUTUBE terdiri daripada warga Malaysia. Itu yang sampainya muncul YOUTUBE MALAYSIA. Dan banyak lagi faktor lain2..
Contoh2 warga Malaysia yang terkenal dari youtube macam :

MatLuthfi90, Clora Production, Aiman Azlan, Anuar Hadi, Wawa Latip, n macam2 lagi la...

Jom jengah!!..

YOUTUBE MALAYSIA


Sunday 18 March 2012

Panduan Keselamatan ICT

Assalamualaikum...

Panduan keselamatan ict sangat penting dan perlu dititik beratkan. Ramai pengguna menggunakan ict tetapi meraka tidak mengamalkan keselamatan ICT. Bila perkara buruk dah terjadi baru la nak bising-bising. Bagi anda yang belum mengamalkan keselamatan ICT, masih tidak terlambat untuk mengikuti langkah-langkah untuk keselamatan ICT ini..                                                                                                                 AWAS SEBELUM TERKENA, BERHATI- HATI DI INTERNET




Keselamatan 


Daripada perspektif ICT, keselamatan

merujuk kepada perlindungan sumber ICT

daripada dicerobohi oleh mereka yang tidak

dibenarkan atau kesilapan yang

disengajakan..



Server Server 



merujuk kepada komputer yang

berkeupayaan tinggi yang berfungsi sebagai

pelayan perkhidmatan dalam sesuatu

rangkaian..



Perisian Sistem



Perisian Sistem merujuk kepada sistem

pengoperasian seperti Windows 95/98 bagi

komputer mikro dan NetWare/ Windows NT

pada Server.



Perisian Aplikasi 



Perisian aplikasi merujuk kepada pakej yang 

selalu digunakan seperti spreadsheet dan

word processing, juga aplikasi yang

dibangunkan bagi tujuan tertentu..



Virus 



Virus adalah subersif program komputer yang 

boleh mengakibatkan fail komputer

mengalami kerosakan atau terhapus dan

mungkin menukar tingkahlaku operasi

komputer


Rahsia Besar 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
akan menyebabkan kerosakan yang amat
besar kepada Malaysia..

Rahsia 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
akan membahayakan keselamatan negara,
menyebabkan kerosakan besar kepada 
kepentingan dan martabat Malaysia atau
memberi keuntungan besar kepada sesebuah 
kuasa asing.

Sulit

 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran 
walaupun tidak membahayakan keselamatan 
negara tetapi memudaratkan kepentingan 
atau martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau akan 
menyebabkan keadaan memalukan atau
kesusahan kepada pentadbiran atau akan
menguntungkan sesebuah kuasa asing.


Terhad

 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
rasmi selain daripada yang diperingkatkan
Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi
berkehendakan juga diberi satu tahap
perlindungan keselamatan..


Kerahsiaan 

Maklumat/data tidak boleh didedahkan
sewenang-wenangnya atau dibiarkan dicapai 
tanpa kebenaran..

Integriti  

Maklumat/data hendaklah tepat, lengkap dan 
hanya boleh diubah dengan cara yang
dibenarkan..

Kebolehsediaan 

Maklumat/data dan sistem maklumat
hendaklah boleh diakses dan digunakan bila 
dan apabila diperlukan mengikut fungsi


Uishh..

Saturday 17 March 2012

Asal Usul Telekomunikasi Malaysia










1. Telegraf mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 oleh penjajah Inggeris di Perak.

2. Hampir 100 tahun setelah telegraf diperkenalkan, SEACOM diperkenalkan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui Laut Cina Selatan.

3. Pada tahun 1985, ATUR telefon tanpa wayar yang pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).

4. JTM Kemudian di korporatkan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudiannya ditukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).

5. Empat tahun kemudian, perkhidmatan telefon selular pertama yang menggunakan perkhidmatan GSM diperkenalkan dan dikendalikan oleh Syarikat Celcom Malaysia Sdn. Bhd.



6. Tahun 1995 juga mencatatkan sejarah apabila malaysia melancarkan satelit pertama negara iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) yang dilancarkan bagi membolehkan negara menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit.

7. Telekom Malaysia Berhad memperkenalkan telefon talian tetap tanpa wayar yang dikenali sebagai CDMA.

8. Pada masa yang sama Celcom memperkenalkan perkhidmatan panggilan video yang menggunakan teknologi 3G.

9. Terkini, perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berasaskan teknologi Wimax diperkenalkan oleh Syarikat Packet One Sdn. Bhd. (P1) pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi spektrum 802.16e.

10. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sejumlah hampir 21 juta rakyat negara ini menjadi pengguna telefon selular sehingga tahun 2007.


11. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sejumlah RM600 juta bakal dibelanjakan untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi moden. Syarikat pengendali telekomunikasi pula bakal membelanjakan sehingga RM1.3 billion khusus untuk perbelanjaan modal syarikat masing-masing.

12. Jumlah pengguna rangkaian komunikasi di Bangladesh meningkat daripada 3.8 juta orang pada tahun 2004 kepada 29.5 juta orang pada tahun lalu dengan liputan rangkaian meluas sehingga 97 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya.

13. Sektor telekomunikasi di Bangladesh menyumbang sebanyak 6.7 peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu peningkatan lebih 250 peratus berbanding dengan KDNK pada tahun 2004 yang hanya 2.1 peratus.

14. Badan penyelidik yang berpangkalan di Norway iaitu Telenor ASA juga mencatatkan angka-angka pertumbuhan yang menarik dalam perkembangan sektor telekomunikasi di Malaysia.

Industri telekomunikasi di Malaysia pada pertengahan tahun 1990 menyaksikan peningkatan kadar pengguna melebihi 50 peratus setiap tahun sebelum bergerak perlahan ketika krisis kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997/98.

Pada tahun lalu, pengguna telekomunikasi di negara ini mencecah sehingga 21 juta orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jumlah ini sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga pengguna telekomunikasi paling banyak selepas Singapura dan Korea Selatan.

15. Pada tahun lalu, sektor komunikasi menyumbangkan sejumlah RM21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu kira-kira 3.7 peratus daripada keseluruhan KDNK berbanding dengan pencapaian hanya 15.3 billion (3.1 peratus KDNK) pada tahun 2005.




16. Jumlah pelanggan 3G di Asia Pasifik dijangka akan mencecah 564 juta orang menjelang tahun 2013 berbanding dengan 121 juta orang pada tahun 2007.

17. Pada tahun lalu, kira-kira sejumlah 158.4 juta orang pelanggan 3G di Asia Pasifik.

18. Nokia Siemens Network (Nokia Siemens) peneraju pengatur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih pula (HSPA) menjangkakan bilangan pengguna perkhidmatan itu di Asia akan meningkat sekali ganda kepada 53.5 juta pengguna daripada 26.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.

19. Menurut laporan SKMM lagi, tahap penembusan jalur lebar pada suku tahun 2007 ialah sekitar 3.7 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

Jumlah ini amat rendah dan hampir sama dengan negara lain seperti Turki (3.8), Mexico (3.5), berbanding dengan jumlah di Switzerland, Korea Selatan dan Norway yang mempunyai purata 26 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

20. SKMM juga melaporkan bahawa sejumlah 84,600 orang pengguna jalur lebar pada tahun 2006 berbanding dengan 49,500 orang pada tahun 2005. Angka ini tidak signifikan jika dibandingkan dengan 27 juta orang penduduk Malaysia keseluruhannya.





Yang terbaru . terbaik. boboiboy. :)

Sumber : "Industri Telekomunikasi dalam Krisis Ekonomi" oleh Nazmy Sannusi dalam Dewan Ekonomi Mei 2009.

Friday 16 March 2012

TED-Ed video berkaitan Pendidikan



Kaedah pembelajaran banyak disampaikan dengan menggunakan video yang semakin popular ketika ini.
Khan Academy adalah nama besar yang terkenal diseluruh dunia berkaitan dengan perkara ini.
Namun terkini, TED  sememangnya popular dengan video-video bercirikan penyampaian idea memperkenalkan TED-Ed.


TED-Ed atau nama sebenarnya  TED Education merupakan koleksi video bercirikan pendidikan yang disampaikan dalam bentuk animasi.

TED-Ed juga menjemput ramai cikgu dari seluruh dunia menyertai mereka, dalam menyampaikan pengetahuan masing-masing kepada semua, dan pada masa yang sama memudahkan yang lain menerima dan memahami sesuatu topik itu.

Jadi anda boleh lah join dalam TED-Ed ni, untuk mengupload video kreatif untuk memudahkan pelajar dan pengGoogle. hehehe..


sumber: amanz

Wednesday 14 March 2012

TOPOLOGI DAN KISAH LINEAR BUS


TOPOLOGI RANGKAIAN


 Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki



TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.

KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.

 Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.

 Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.
 Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS 
KEBAIKAN LINEAR BAS 
1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
    topologi Linear Bas.
2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

KEKURANGAN LINEAR BAS 
1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
    menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
    belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
    rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama
    di dalam sesebuah bangunan yang besar.



Saturday 10 March 2012

Penerokaan ICT

Perkenalan kepada ICT

Macam Pernah Dengar ICT . tp xtahu maknanya.. Jom baca ..

ICT diterjemahkan sebagai Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



Perkaitan antara Guru dan ICT ?
ICT adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang inovatif.
Aspek pengajarannya boleh melibatkan guru menggunakan ICT
 dan aspek pembelajarannya 
pula boleh melibatkan murid menggunakan ICT.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan kepada 
empat iaitu tutorial, penerokaanalat aplikasi dan komunikasi.

Tempat Bersesuaian untuk melaksanakan ICT
  •        Makmal komputer
  •        Kelas
  •        Cyber Cafe
  •        Rumah








Wednesday 7 March 2012

Blogger? Anda Berblogger?

Assalamualaikum...

Selamat dtg ke alam blogger..
Selamat jelajah ke dunia blogger.
Selamat mencoret itu dan ini di pos blogger.
Selamat berkongsi maklumat bersama saya.. : )



Pe lagi .. menaip la sepuas hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...