Sunday, 8 April 2012

3G VS 4G



Bagaikan "tsunami" atau empohan maklumat mengenai kedatangan teknologi internet 4G, ramai pelangan dan pengguna tertanya-tanya tentang apa sebenarnya perbezaan antara rangkain 4G yang baru dengan rangkaian 3G yang sudah semakin mendapat tempat di hati penguna tegar teknologi tanpa wayar. Jika kita perhatikan, iklan tentang kelajuan yang lebih tinggi dan pantas sering di paparkan tanpa memberitahu kepada penguna tentang penjeleasan yang tepat. "Internet Provider" seperti Maxis, Celcom dan dsb pula jelas mengambil langkah tunggu dan lihat untuk menggunakan teknologi 4G ini dan tampaknya kurang yakin akan keperluan untuk pengguna untuk menerokai teknologi 4G. Pengeluar telefon bimbit pula sering membuat perbandingan dengan persaing-pesaing mereka dengan mengunakan teknologi yang belum "matang" dan masih samar-samar.

Cara yang paling mudah untuk menjelaskan perbezaan antara 3G dan 4G ini boleh di jelaskan dengan membuat analisis yang mudah tentang tujuan utama kenapa teknologi ini dicipta. Generasi ketiga atau 3G (3rd Generation) internet tanpa wayar ini direka berdasarkan teknologi yang pada peringkat awalnya di reka untuk tujuan membuat panggilan telefon. Oleh kerana panggilan telefon memerlukan penghantaran jumlah data yang kurang besar berbanding melayari intenet, ciptaan teknologi internet 3G hanya bertujuan untuk menanangi keperluan penghantaran atau pemindahan jumlah data dengan kelajuan yang sederhana tidak seperti keperluan untuk memindahkan jumlah data yang besar untuk menonton video streaming di internet. Ini sebabnya telefon yang berteknologi 3G di pasaran adakalanya bermasalah ketika pengguna cuba untuk mengakses video streaming atau laman web yang mempunya jumlah datan yang besar.

Untuk menyahut cabaran arus penggunaan internet tanpa wayar dan juga keperluan pengguna tegar internet, terciptanya 4G internet tanpa wayar, direka untuk komunikasi yang merangkumi pemindahan data yang lebih banyak dari panggilan telefon. Pengendalian kemudahan panggilan telefon boleh di anggap terlalu mudah dengan ada teknologi 4G, kerana teknologi ini memang direka untuk komunikasi internet, streaming video, menonton televisyen dan setiap tugas yang sebelum ini hanya boleh dilakukan jika pengguna mempunyai sambungan selaju DSL; kini boleh di lakukan dengan telefon pada rangkaian 4G.


Salah satu perbezaan yang ketara antara rangkaian 3G dan 4G adalah kelajuan muat turun yang ditawarkan. Kelajuan muat turun pada rangkaian 3G umumnya sekitar 0.6 - 1.4 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 3.1 Megabits sesaat pada waktu tertentu. Untuk rangkaian 4G pula, ianya menawarkan kelajuan muat turun antara 3 - 6 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 10 Megabits sesaat, 3 -5 kali ganda kelajuan maksimum yang boleh di capai dari rangkaian generasi ketiga (3G).


Perbezaan lain yang boleh di ambil kira adalah perbezaan muat naik antara kedua-dua rankaian tersebut. Contohnya, untuk muak naik video atau fail dari computer ke laman web, rangkaian 3G menawarkan kelajuan hanya pada 0.5 Megabit berbanding 1 Megabits dengan menggunakan rangkaian 4G. Boleh di katakan rangkaian 4G boleh memuat naik dua kali ganda kepantasan rangkaian 3G.

Contoh lain kelajuan rangkaian 4G, jika muat turun rancangan televisyen mengambil masa kira-kira 19 minit pada rangkaian 3G, namun ianya mengambil kurang dari 5 minit jika menggunakan rangkaian 4G. Selain dari itu, membuat tempahan makan malam hanya mengambil masa setengah saat pada rangkaian 4G, 5 saat jika menggunakan rangkaian 3G dan banyak lagi contoh-contoh lain tentang kelajuan teknologi 4G ini.


Semua ini bermakna bahawa 4G internet tanpa wayar akan membolehkan pengguna untuk mengakses internet pada telefon mereka pada kelajuan yang sama jika mereka lakukan di rumah menggunakan DSL. Boleh di katakan, teknologi 4G pada telefon makin menghampiri kelajuan jika menggunakan computer biasa. Mungkin pada masa hadapan kita tidak perlu lagi bergantung kepada computer untuk melayari internet dengan patas, kita hanya memerlukan telefon yang dilengkapi dengan teknologi 4G sahaja.


Kepada mereka yang ingin tahu lebih mendalam tentang teknologi ini, boleh rujuk jadual di bawah.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...