Saturday, 12 May 2012

HACKER

Pernah menjadi satu isu tentang ANONYMOUS dimana mereka telah menggodam laman web kerajaan,blog,email, dan bermacam lagi yang berlaku pada tahun lepas. Dan sudah tentu la apabila ia melibatkan malaysia yang menggodamnya mesti  Anonymous Malaysia.

Tahukah apa itu hacker atau penggodam??


Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.
Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

ISTILAH :


Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".


Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).


Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.


Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.


Perekah/Penggertak (cracker):
Topi hitam. Sering digunakan untuk membezakan penggodam topi hitam dengan penggodam lain.
Penggodam komputer yang menggunakan perekahan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkait denga istilah pemecah peti besi.
Perekah perisian. Orang yang mengkhusus dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploit rangkaian, cuma perisian.


Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya. Pejoratif.

Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...